Reisya Iris
Friday, August 8, 2014
Wednesday, April 30, 2014
Prologue
120 tahun yang lalu di dunia Eclipse Abyss.
Suasana yang
tenang,tiba-tiba menjadi kucar kacir disebabkan serangan Vertrag keturunan
golongan troll.Banyak tentera dan penduduk yang terkorban.Jack Vezzalius,si
raja mula masuk ke medan perang.Tidak lagi menyembunyikan diri walaupun
nyawanya yang akan melayang.Dia perlu melindungi satu-satunya
puterinya.Puterinya itu lah yang akan menjadi symbol dunia Eclipse Abyss.Isterinya
keturunan Raja Salju dan dia Raja Vampire.Hasilnya puteri mereka Reisya Iris
mempunyai kuasa yang sangat menakjubkan sehingga banyak yang mahukan kuasa
puterinya itu untuk kepentingan diri sendiri.Isterinya sendiri mati terkorban
kerana ingin melindungi Reisya Iris.
“Growl!”panggil
baginda pada orang kepercayaannya.
“Ya,Tuanku.”tunduk hormat si chain yang bernama Growl tu.Rupanya seperti
arnab putih dan bertubuh gagah. “Di mana kah Reisya?”tanya Zack Vazarrius.Growl
menarik pelahan tangan tuan puterinya ke sebelahnya.
“Ayah!Reisya takut..”adu si puteri kepada
si ayah.Zack Vazzarius tersenyum memandang satu-satunya anaknya.Anaknya itu
persis si ibu.Zack memeluk anaknya dan membaca mentera.Semua kuasanya telah di
tukar masuk ke dalam badan Reisya.Genap umur Reisya 20 tahun kuasanya akan
menunjukkan tindak balas.
“Jangan
menagis sayang.Ayah sayangkan kamu.Ayah akan melindungi kamu.Ingat tu.Ayah dan
Ibu sentiasa di sini menemani kamu.”Pujuk Zack sambil menunjuk ke dada si anak.
“Janji dengan ayah kamu akan jaga diri kamu dan akan menjadi anak yang
baik.Kamu kena dengar cakap Growl.Kamu kena pergi jauh dari sini.Kamu kena
selamat.Ayah sayangkan kamu nak..”tamat sahaja ayatnya Zack Vazzarius terus
menolak anaknya kearah Growl yang sedang siap sedia untuk membawa sang puteri
lari.Dia telah merancang sebaik mungkin dengan Zack Vazarrius.
Vertrag
muncul di depan Zack sambil mengacu tongkat saktinya.Zack lari maju ke hadapan
untuk menyerang si musuh.Satu letupan telah berlaku.Ketika itu Reisya Iris dan
juga Growl sudah berada dalam lingkaran abyss.Reisya yang terlihat akan letupan
itu meraung memanggil ayahnya.
“Ayaahhhhhhhhhhhh!!”tangisnya sambil memeluk Growl yang sudah berubah
kepada tubuh sementara iaitu tubuh seorang lelaki muda yang berambut kuning
panjang dan rambutnya di ikat ekor kuda. “Shh..sabar puteri.Ayahanda tuan
puteri pergi dengan penuh kehormatan.Saya akan menjaga tuan puteri sebaik
mungkin.Kita akan pergi ke dunia manusia sekarang.Saya akan membesarkan tuan
puteri sebaik mungkin.Tuan puteri kena percayakan saya.Tapi untuk hidup disana
saya perlu menyimpan memori dan mengunci kuasa tuan puteri sehingga tuan puteri
menginjak usia 20 tahun.”pujuk Growl sambil meluahkan amanah yang diberi oleh
Zack Vazzarius.Reisya Iris hanya mengangguk dan dalam hatinya menyimpan dendam
untuk keturunan Vertrag dan takkan dilupakan apa yang dibuat oleh Vertrag
kepada ayahanda dan rakyatnya.
Growl
meletakkan tangannya di hadapan muka Reisya Iris dan menyebut ayat-ayat
magis.Dan terpadam lah memori si puteri raja Reisya Iris.Dan wujudlah satu
memori rekaan untuk si gadis bernama Ris Eisya.
Sekarang 2014
Ris
Eisya sedang seronok berehat di taman bunga yang disediakan abang kesayangannya,
Growl.Hebatkan ada abang yang namanya “Growl” macam tajuk lagu kumpulan k-pop
exo.
Sambil
goyang kaki,baca novel dan menyanyi..
Every
time you kissed me
I
trembled like a child
Gathering
the roses
We sang
for the hope
Your
very voice is in my heartbeat
Sweeter
than my dream
We were
there, in everlasting bloom
Roses
die,
The
secret is inside the pain
Winds
are high up on the hill
I
cannot hear you
Come
and hold me close
I'm
shivering cold in the heart of rain
Darkness
falls, I'm calling for the dawn
Silver
dishes for the memories,
For the
days gone by
Singing
for the promises
Tomorrow
may bring
I
harbor all the old affection
Roses
are the past
Darkness
falls, and summer will be gone
Joys of
the daylight
Shadows
of the starlight
Everything
was sweet by your side, my love
Ruby
tears have come to me, for your last words
I'm
here just singing my song of woe
Waiting
for you, my love
Now let
my happiness sing inside my dream...
“Ehem..ehem…Amboi
sedapnya suara adik abang ni.Boleh masuk American Idol ni.Hahaha”Tegur Growl
dari dalam rumah.
Ris Eisya
terkejut. Merah mukanya ditegur,untuk mengelakkan malu dia tersenyum kepada
Growl
“Eh?hehehe..mana ada.”kata Ris Eisya bagi menutup malunye.Novel di
tangan sambung di baca.Growl menyembunyikan senyumannya.Dia datang dengan
membawa sedulang yang berisi the panas dan beberapa “chocolate chips” kegemaran
si puteri.Dia tidak membenarkan Ris Eisya kemana-kemana selain dalam dan luar
Villa Abbys.Kuasa yang terkunci dalam diri sang puteri semakin lama semakin tak
dapat dikawal oleh tenaga kuasanya lagi.
“Bila
Ris boleh keluar dari rumah ni abang?”tanya Ris Eisya.Growl tersentak dan
merenung tajam ke arah Ris Eisya.Ris
Eisya pertanyaan tersebut mengundang kemarahan abangnya itu.Tapi dia tetap mahu
keluar dari rumah agam tersebut.Hidupnya bagaikan burung yang dikurung dalam sangkar
emas.Dia tidak suka hal itu.Dia mahu bebas.Growl hanya mendiamkan diri cuba
mencari alasan.
“Satu
hari nanti Ris.Pada hari tersebut Ris akan bebas.Sabar okay my dearly
princess”itu sahaja yang mampu Growl katakana.Belum tiba masanya lagi untuk
menceritakan kebenaran kepada Ris Eisya.Ris Eisya terdiam dan menundukkan
kepalanya.Sedih dan kecewa dengan jawapan abangnya.
Kadang-kadang abangnya itu bersikap terlalu melindungi.Yang paling
penting sekali Ris Eisya yakin dan pasti dengan kata hatinya yang Growl ada menyimpan
satu rahsia besar.Semuanya berubah pada satu hari di mana Ris Eisya diganggu
dengan dua orang penjahat yang cuba menculiknya.Ris Eisya hampir sahaja
terbunuh tapi dia tak dapat mengingati apa yang telah terjadi saat itu.
‘Apa yang abang cuba rahsiakan dari aku.Argh!’Ris kegeraman.Tanpa
berlama di taman tersebut dia terus meninggalkan abangnya yang sedang jauh
menungnya.sukasukinakkarang.blogspot
Subscribe to:
Posts (Atom)