Wednesday, April 30, 2014


Prologue

 

120 tahun yang lalu di dunia Eclipse Abyss.

     

          Suasana yang tenang,tiba-tiba menjadi kucar kacir disebabkan serangan Vertrag keturunan golongan troll.Banyak tentera dan penduduk yang terkorban.Jack Vezzalius,si raja mula masuk ke medan perang.Tidak lagi menyembunyikan diri walaupun nyawanya yang akan melayang.Dia perlu melindungi satu-satunya puterinya.Puterinya itu lah yang akan menjadi symbol dunia Eclipse Abyss.Isterinya keturunan Raja Salju dan dia Raja Vampire.Hasilnya puteri mereka Reisya Iris mempunyai kuasa yang sangat menakjubkan sehingga banyak yang mahukan kuasa puterinya itu untuk kepentingan diri sendiri.Isterinya sendiri mati terkorban kerana ingin melindungi Reisya Iris.

         “Growl!”panggil baginda pada orang kepercayaannya.

        “Ya,Tuanku.”tunduk hormat si chain yang bernama Growl tu.Rupanya seperti arnab putih dan bertubuh gagah. “Di mana kah Reisya?”tanya Zack Vazarrius.Growl menarik pelahan tangan tuan puterinya ke sebelahnya.

         “Ayah!Reisya takut..”adu si puteri kepada si ayah.Zack Vazzarius tersenyum memandang satu-satunya anaknya.Anaknya itu persis si ibu.Zack memeluk anaknya dan membaca mentera.Semua kuasanya telah di tukar masuk ke dalam badan Reisya.Genap umur Reisya 20 tahun kuasanya akan menunjukkan tindak balas.

         “Jangan menagis sayang.Ayah sayangkan kamu.Ayah akan melindungi kamu.Ingat tu.Ayah dan Ibu sentiasa di sini menemani kamu.”Pujuk Zack sambil menunjuk ke dada si anak. “Janji dengan ayah kamu akan jaga diri kamu dan akan menjadi anak yang baik.Kamu kena dengar cakap Growl.Kamu kena pergi jauh dari sini.Kamu kena selamat.Ayah sayangkan kamu nak..”tamat sahaja ayatnya Zack Vazzarius terus menolak anaknya kearah Growl yang sedang siap sedia untuk membawa sang puteri lari.Dia telah merancang sebaik mungkin dengan Zack Vazarrius.

         Vertrag muncul di depan Zack sambil mengacu tongkat saktinya.Zack lari maju ke hadapan untuk menyerang si musuh.Satu letupan telah berlaku.Ketika itu Reisya Iris dan juga Growl sudah berada dalam lingkaran abyss.Reisya yang terlihat akan letupan itu meraung memanggil ayahnya.

          “Ayaahhhhhhhhhhhh!!”tangisnya sambil memeluk Growl yang sudah berubah kepada tubuh sementara iaitu tubuh seorang lelaki muda yang berambut kuning panjang dan rambutnya di ikat ekor kuda. “Shh..sabar puteri.Ayahanda tuan puteri pergi dengan penuh kehormatan.Saya akan menjaga tuan puteri sebaik mungkin.Kita akan pergi ke dunia manusia sekarang.Saya akan membesarkan tuan puteri sebaik mungkin.Tuan puteri kena percayakan saya.Tapi untuk hidup disana saya perlu menyimpan memori dan mengunci kuasa tuan puteri sehingga tuan puteri menginjak usia 20 tahun.”pujuk Growl sambil meluahkan amanah yang diberi oleh Zack Vazzarius.Reisya Iris hanya mengangguk dan dalam hatinya menyimpan dendam untuk keturunan Vertrag dan takkan dilupakan apa yang dibuat oleh Vertrag kepada ayahanda dan rakyatnya.

         Growl meletakkan tangannya di hadapan muka Reisya Iris dan menyebut ayat-ayat magis.Dan terpadam lah memori si puteri raja Reisya Iris.Dan wujudlah satu memori rekaan untuk si gadis bernama Ris Eisya.

 
Bab 1

Sekarang 2014

              Ris Eisya sedang seronok berehat di taman bunga yang disediakan abang kesayangannya, Growl.Hebatkan ada abang yang namanya “Growl” macam tajuk lagu kumpulan k-pop exo.

              Sambil goyang kaki,baca novel dan menyanyi..

Every time you kissed me

I trembled like a child

Gathering the roses

We sang for the hope

Your very voice is in my heartbeat

Sweeter than my dream

We were there, in everlasting bloom

 

Roses die,

The secret is inside the pain

Winds are high up on the hill

I cannot hear you

Come and hold me close

I'm shivering cold in the heart of rain

Darkness falls, I'm calling for the dawn

 

Silver dishes for the memories,

For the days gone by

Singing for the promises

Tomorrow may bring

I harbor all the old affection

Roses are the past

Darkness falls, and summer will be gone

 

Joys of the daylight

Shadows of the starlight

Everything was sweet by your side, my love

Ruby tears have come to me, for your last words

I'm here just singing my song of woe

Waiting for you, my love

 

Now let my happiness sing inside my dream...

 

 

   

 

    “Ehem..ehem…Amboi sedapnya suara adik abang ni.Boleh masuk American Idol ni.Hahaha”Tegur Growl dari dalam rumah.

      Ris Eisya terkejut. Merah mukanya ditegur,untuk mengelakkan malu dia tersenyum kepada Growl

               “Eh?hehehe..mana ada.”kata Ris Eisya bagi menutup malunye.Novel di tangan sambung di baca.Growl menyembunyikan senyumannya.Dia datang dengan membawa sedulang yang berisi the panas dan beberapa “chocolate chips” kegemaran si puteri.Dia tidak membenarkan Ris Eisya kemana-kemana selain dalam dan luar Villa Abbys.Kuasa yang terkunci dalam diri sang puteri semakin lama semakin tak dapat dikawal oleh tenaga kuasanya lagi.

               “Bila Ris boleh keluar dari rumah ni abang?”tanya Ris Eisya.Growl tersentak dan merenung tajam ke arah  Ris Eisya.Ris Eisya pertanyaan tersebut mengundang kemarahan abangnya itu.Tapi dia tetap mahu keluar dari rumah agam tersebut.Hidupnya bagaikan burung yang dikurung dalam sangkar emas.Dia tidak suka hal itu.Dia mahu bebas.Growl hanya mendiamkan diri cuba mencari alasan.

                “Satu hari nanti Ris.Pada hari tersebut Ris akan bebas.Sabar okay my dearly princess”itu sahaja yang mampu Growl katakana.Belum tiba masanya lagi untuk menceritakan kebenaran kepada Ris Eisya.Ris Eisya terdiam dan menundukkan kepalanya.Sedih dan kecewa dengan jawapan abangnya.

               Kadang-kadang abangnya itu bersikap terlalu melindungi.Yang paling penting sekali Ris Eisya yakin dan pasti dengan kata hatinya yang Growl ada menyimpan satu rahsia besar.Semuanya berubah pada satu hari di mana Ris Eisya diganggu dengan dua orang penjahat yang cuba menculiknya.Ris Eisya hampir sahaja terbunuh tapi dia tak dapat mengingati apa yang telah terjadi saat itu.
              ‘Apa yang abang cuba rahsiakan dari aku.Argh!’Ris kegeraman.Tanpa berlama di taman tersebut dia terus meninggalkan abangnya yang sedang jauh menungnya.sukasukinakkarang.blogspot

No comments:

Post a Comment